Inovasi Pemotong Kentang

 

    Salah catu cabaran yang dihadapi oleh usahawan yang menjual kerepek kentang ialah proses memotong kentang memakan masa yang agak lama. Penyelidik telah menghasilkan mesin memproses kentang yang mampu memotong 350 biji kentang sesaat. Penjimatan masa ini dapat meningkatkan produktiviti pengeluaran usahawan yang akhirnya dapat menjimatkan penggunaan pekerja tambahan. Mesin pemotong kentang ekspres ini diberi nama Kentangku yang diperbuat daripada besi tahan karat gred makanan. Walaupun menggunakan eletrik untuk beroperasi, penyelidik telah mempastikan bahawa ianya jimat eletrik dan tahan lama serta alatgantinya mudah diperolehi dan mampu dibaiki sendiri jika berlakunya kerosakan kecil.  Selain itu, saiznya yang kecil menyebabkan ianya mampu di bawa ke mana sahaja dan ianya dilengkapi dengan ciri keselamatan pemutus litar kecemasan serta pelindung pemotong yang melindungi anggota badan pengguna dari mengalami kecederaan. Menurut statistik, terdapat 40,000 perniagaan berasaskan kentang di negara ini dan penyelidik merasakan bahawa terdapat permintaan yang tinggi dari pasaran untuk menggunakan mesin Kentangku ini. Selain itu,mesin ini juga dilengkapi dengan alatan tambahan seperti ‘feeder’ kentang dan juga kaki mudah lipat dan ianya boleh di dapati secara berasingan. Penyelidik merasakan bahawa mesin ini dapat merevolusikan industri berkaitan kentang di negara ini. Selain itu, penyelidik juga berasakan bahawa terdapat potensi besar alat ini untuk dieskport ke negara Eropah dan Amerika Utara di mana kentang adalah merupakan salah satu dari menu makanan utama mereka.

   

gallery/01

Contoh Abstrak/Rumusan