1. GARIS PANDUAN ABSTRAK/RUMUSAN

  • Perlu ditaip menggunakan Microsoft Words dalam satu perenggan di antara 250 -400 patah perkataan.

  • Abstrak/rumusan inovasi perlulah ditaip dalam bahasa Inggeris atau Bahasa Malaysia tanpa kesalahan tatabahasa

  • Ciri-ciri abstrak/rumusan yang baik ialah latarbelakang inovasi, permasalahan yang ingin diselesaikan, objektif, keunikan inovasi,  kelebihan kepada negara dan sebagainya

  • Abstrak perlulah dimulakan dengan tajuk inovasi, kemdudian disusuli dengan nama-nama ahli kumpulan didahului oleh nama ketua kumpulan dan emel ketua kumpulan disusuli dengan isi abstrak/rumusan.

 

  1. GARISPANDUAN UMUM

  • hanya 1 meja dan 1 kerusi akan disediakan oleh penganjur

  • peserta dikehendaki berada di meja masing masing sepanjang majlis

  • sila sediakan banting pembentangan beserta kaki banting sendiri.

  • peserta digalakkan mempamerkan model, prototaip, contoh atau pembentangan melalui komputer riba yang berkaitan dengan inovasi   

  • Bahan bahan sokongan seperti pendaftaran harta intelek, anugerah yang dimenangi, artikel dalam media perlu diletakkan di atas meja untuk penjurian

 

  1. GARISPANDUAN PENYEDIAAN BANTING

  • Saiz banting ialah 24"lebar x 72"tinggi

  • Nama inovasi

  • Nama ketua, ahli dan institusi, syarikat, agensi yang diwakili

  • latarbelakang inovasi

  • Masalah yang ingin diselesaikan

  • Objektif

  • Keunikan

  • kelebihan kepada pengguna

  • Kelebihan kepada masyarakat dan negara

  • Potensi untuk dikomersialkan

  • Anugerah yang diterima     

 

Panduan

gallery/01