SME iNNOVeX 2018 ialah sebuah pertandingan inovasi berteraskan Perusahaan Kecil dan Sederhana yang akan diadakan setiap tahun anjuran Seketeriat SME iNNOVeX 2018. Untuk SME iNNOVeX 2018  kali ini, penyertaan dibuka lebih meluas kepada golongan profesional, para penyelidik, pensyarah, pelajar  dan usahawan yang ingin mengetengahkan hasil inovasi dan penyelidikan mereka melalui pembentangan poster penyelidikan dan demonstrasi produk mereka.

 

    Tujuan utama SME iNNOVeX 2018  ini adalah sebagai satu landasan bagi para penyelidik, pelajar pasca siswazah, usahawan dan penggubal dasar dalam bidang teknologi maklumat dan multimedia, teknologi dan sains sosial untuk berkongsi maklumat, penemuan dan inovasi terkini dalam penyelidikan serta mengenal pasti isu dan cabaran masa kini dalam membudayakan penyelidikan bagi menyediakan idea dalam memenuhi keperluan IKS di Malaysia akan datang. 

 

 

 

Membina IKS Berdaya Saing

      • Teknologi dalam memudahkan usahawan
      • Modul latihan pembangunan usahawan
      • Platform penjanaan modal
      • Inovasi dalam perniagaan
      • Teori baru dalam keusahawanan
      • Inovasi dalam pembuatan
      • Penemuan terbaharu dalam industri

*tema tidak hanya terhad kepada yang telah dicadangkan.

gallery/01

Pengenalan

Tema